Monday 27 April 2015

Asal Usul Silat

Gerak silat asalnya Ilham
Lalu disimpan di dalam Bunga
Dari bunga terbitnya Buah
 
Perkataan Silat bermaksud seni beladiri yang membawa maksud ilmu pergerakan mempertahankan diri yang melibatkan permainan senjata atau tangan kosong. Silat memiliki maksud yang sama dengan Wushu yang bermaksud ilmu berlawan. Perkataan Silat sinonim dengan seni beladiri dari Nusantara yang meliputi Malaysia, Indonesia, Thailand, Borneo dan keseluruhan negara-negara Asia Tenggara. Menurut Kamus Dewan, tipu muslihat disebut sebagai elak, mengikut loghat utara Tanah Melayu disebut elat. Terdapat teori mengatakan perkataan Silat bersal dari  si-ilat (orang yang pandai muslihat)



Asal usul Silat sukar dijejaki dan dipercayai berusia ribuan tahun. Ia digunakan sebagai sistem pertahanan bagi kerajaan Langkasuka, Champa, Srivijaya, Beruas, Melaka, Makasar, Aceh, Majapahit, Gangga, Pattani dan kerajaan-kerajaan lain di Asia Tenggara. Silat tidak boleh dituntut sebagai hakmilik warisan sesebuah negara kerana sejarahnya meliputi keseluruhan Nusantara.

Menurut bukti tinggalan sejarah  yang terdapat di Chandi Borobudur dan Candi Prambanan di Jawa, dapatlah disimpulkan bahawa sudah wujud seni mempertahankan diri ini di kawasan kepulauan Melayu pada abad ke-8 Masihi.


Gerak Silat (ilham)

Manusia diberikan naluri untuk mempertahankan diri dan menyelamatkan diri dari bahaya, gerakan ini berdasarkan naluri yang sukar dijelaskan dan bukannya gerakan sebarangan.  Ilham ini datang dalam pelbagai cara seperti mimpi, sumber dari pertapaan dan pemerhatian terhadap gerak binatang. Suber ilham hakikatnya ini datang dari Pemberi Ilham (Rujuk Sifat 20). Ianya dizahirkan dengan pergerakan seni yang dinamakan Bunga. Gerakan ini memiliki pelbagai maksud tersirat dan dari asas gerak ini munculnya gerakan menepis, gerakan tapak, tumbukan, mengunci, menjatuhkan lawan, melangkah dan sebagainya. Gerak abstrak ini dipercayai menyimpan pelbagai gerak rahsia dan beribu buah.


Bunga Silat

Maka titah Seri Bentara, "Menari apalah Kiai Tuah. Inginlah kita hendak melihatmu menari." Maka sembah Tun Tuah, "Daulat tuanku andika, ini menari cara hulubalanglah."
(Hikayat Hang Tuah, 1971:126)

Melalui petikan Hikayat Hang Tuah tadi dapatlah disimpulkan bahawa gerakan silat bukanlah tari-menari semata-mata dan mengandungi rahsia tersembuyi.

Secara asasnya susunan pembelajaran silat dipecahkan kepada dua bahagian iaitu Bunga dan Buah.
Bunga merupakan gerak asas dalam silat. Gerak ini kemudiannya disusun dan membentuk buah silat. Terdapat salah faham yang menganggap bunga ialah tari menari yang bertujuan persembahan semata-mata. Ada juga pesilat yang menghafal bunga dan tidak tahu rahsia yang terkandung di dalamnya. Mereka buta sejarah dan tidak memahani apa itu Bunga Silat sebenarnya. Gerak Bunga diilhamkan kepada pengasas silat dan disusun menjadi tunggak utama persilatan tersebut. Contohnya Gayong Fatani  berasaskan Bunga Sembah

Bunga dikatakan sebagai pengenalan sesebuah silat, dan dipanggil Bunga Sembah. Adakalanya bunga dimainkan pada majlis keraian seperti perkahwinan dan hari-hari kebesaran. Ia merupakan identiti (signature) kepada sesebuah persilatan. Dengan melihat bungaya kita boleh mengenali apa jenis silatnya. Ia penting bagi mengelakkan pesilat dari terlibat dalam pergaduhan sesama peguruannya sendiri.

Bangsa Melayu tinggi adabnya walaupun ketika berlawan, adakalanya bunga dimainkan ketika pertarungan untuk menunjukkan pesilat menghormati pertarungan. Tidak seperti zaman sekarang orang mencarut dan memaki hamun ketika bergaduh. Bangsa Melayu menyanjung tinggi adab dan budi bahasanya. Dalam sopan orang Melayu ada kerasnya. Seperti bunga silat, indah lembut berseni geraknya tersimpan gerakan rahsia yang membunuh.

Bunga dimainkan oleh pesilat dalam waktu latihan walaupun secara berseorangan. Ia diamalkan berulang kali bertujuan membiasakan diri dengan gerak silatnya. Jika berlaku situasi kecemasan, secara automatik gerak silatnya akan terbentuk dengan sendirinya. Pesilat mengingati gerakannya walau tanpa perlu menghafal buah. Ia juga menguatkan sistem badan, menguatkan sistem pernafasan dan sebagai senaman (seperti senaman Taichi)
  • Bunga silat ialah senaman
  • Sempurna bunganya sempurnalah silatnya

Jurus  Atau Belebat

Jurus juga dikenali sebagai Belebat. Ia  merupakan pergerakan pantas yang berulang-ulang bertujuan untuk membiasakan gerak. Tujuannya agar pesilat terbiasa degan gerak-gerak jurus itu lantas tersimpan didalam nalurinya dan hasilnya gerak itu dapat dilaksanakan pada situasi pertarungan sebenar. Contohnya pesilat melangkah sambil tangan kiri menepis dan tangan kanan menumbuk dalam satu gerak ringkas. Berbanding Bunga, gerakan Jurus lebih kasar pantas dan bertenaga. Ia boleh dilakukan dengan senjata atau tangan kosong.

Gerakan jurus merupakan latihan yang berulang-ulang yang dilakukan supaya pesilat sebati dengan gerakan menyerang atau bertahan agar dalam situasi sebenar naluri pesilat telah terlatih dan membentuk gerakan yang efektif.

Buah Silat

Buah Silat adalah gabungan gerakan yang diasaskan oleh Bunga (gerak asas silat). Juga dikenali sebagai Buah Pukul. Ia ialah aturan langkah menyambut serangan sehingga pihak lawan ditumpaskan dalam satu aturan gerakan.

Contohnya:
1. Pesilat menunggu serangan, menyambut (menepis, membuang, menangkap atau mengelak)
2. Memukul dan menjatuhkan pihak lawan
3. Memberikan pukulan penutup (memukul, mengunci atau mematahkan sendi)
 Keseluruhan aturan ini dianggap sebagai satu buah yang lengkap. Setiap buah boleh dihabiskan dengan penutup yang berbeza contohnya pesilat boleh memilih mengunci lawannya, mencederakan, melumpuh atau bunuh berdasarkan pilihannya (finishing move).

Buah silat dikumpulkan oleh pengasas-pengasas silat dan diberikan nama. Kemudian disusun dalam sistem pembelajaran mengikut peringkat. Anak murid dikehendaki menghafal kesemua buah ini berdasarkan peringkat.yang akan diuji dan dibezakan dengan jenis bengkung sehinggalah tamat pengajian. Sistem pembelajaran ini diulang oleh guru-guru silat dalam setiap gelanggang yang dibuka.


Kesimpulan

Silat melayu sejarahnya panjang dengan pelbagai bentuk dan gaya. Keasliannya dan geraknya diabadikan dengan dipelajari dan diwariskan secara turun-temurun. Ia merupakan identiti kepada masyarakat Melayu dan hanya boleh disimpan dengan mempelajari dan diamalkan. Jika tidak ia akan pupus dan hanya dikenali melalui tulisan dan gambar sahaja.

28 comments:

  1. Tidak seperti yang diceritekan oleh arwah moyang saya, perkataan silat itu adelah datang dari perkataan "silap" bermaksud siape buat silap die akan "kene"

    ReplyDelete
  2. Kajian sy sendiri lah maksud silat ni adalah kpda seseorang 'si',dan mngelat 'lat'.sebab Ape sy katekan ngelat adalah sebab sukar ntuk menjatuhkan 'si' ini krana dia asyik mengelat.mengelat pula maksudnya 'si' ini mmpunyai banyak tipu helah dan liat untuk dijatuhkan atau dimatikan langkahnya.itulah silat.

    ReplyDelete
  3. Maaf jika ketulinan ataupun sejarah dimana perkataan SILAT itu mula dilafazkan oleh masyarakat di asia tenggara umumnya tidak boleh kita buktikan dgn jelas. Hingga ke hari ini, tiada seorang pun yg boleh membuktikan bahawa faktanya itu benar dan jelas. Ianya disebabkan oleh tahap pemikiran seseorang itu ataupun golongan cerdik manakah percampuran mereka itu. Kerana dari situlah terpengaruhnya seseorang itu terhadap mana asalnya perkataan SILAT tersebut. Berlandaskan akal waras kita, jika perkataan itu lahir dari seorg yg luas dari sudut pengalaman serta kerap merantau serta mendalami ilmu seluruh dunia, pasti jelas berbeza dari seorg yg hanya seumur hidupnya hanya mendengar cerita2 dari nenek moyang kita yg berlandaskan mulut ke mulut. Contoh jika dikumpulkan 5 org. Dan mula di ceritakan kpd satu dan seterusnya pasti cerita asalnya akan berubah. Ini disebabkan penerimaan serta ingatan seseorg itu jelas berbeza. Oleh itu, berlandaskan akal yg waras, bagi kajian saya perkataan SILAT itu lahir dari erti perkataan itu sendiri. S (silat) I (itu) L (latihan) A (aliran) T (tenaga). Kerana cuba dikaji semula, bukankah itu yg dinamakan SILAT? Ini jelas terbukti dengan berbagai bagai lagi perkataan yg mana nenek moyang kita cipta suatu ketika dahulu. Semuanya berlandaskan apa yg nampak serta logik pada akalnya ketika itu.

    (doo368)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika dinilai huraian tuan dr segi huruf tu ianya mungkin tersasar sedikit. Ini krn pd zaman dahulu tiada pun digunakan abjad roman dlm bahasa melayu melainkan abjad sebenarnya adalah sod ya lam ta.

      asalnya solat ini drpd perkataan solat di mana dlm solat adalah batal sekiranya pergerakan melebihi 3 kali berturut-turut. begitujuga dlm silat pergerakannya terbatal jika melebihi 3 kali.

      dalam solat, diri kite sentiasa berhubung dgn Allah swt dgn diri yg sir begitu juga dlm silat, diri yg sentiasa berhubung dgn Allah swt, maka jadilah diri yg geraknya adalah gerak dr Allah.

      wallahualam

      Delete
    2. Dahulu kala abjad roman belum digunapakai di Nusantara. Masyarakat di Sumatera menggunakan tulisan rencong menakala masyarakat di Tanah Jawa menggunakan aksara Jawa. Belum dapat disahkan asal muasal perkataan silat dan artinya. Jika di Tanah Jawa, senibela pertahanan diri lebih dikenali sebagai pencak, penca/mempo(Jawa Barat) & Mancak(Bali & Madura). Manakala di tanah Sumatera lebih dikenali sebagai Silat, namun dalam dialek Minang dikenali sebagai Silek. Ada pendapat mengatakan bahawa perkataan Silat ini berasal daripada bahasa Tionghwa yang berarti Si=Empat & Lat=Langkah. Sekadar perkongsian. Masih mengkaji lebih dalam lagi mengenai perkara ini.

      Delete
  4. Silap. .
    Silat.
    Solat . .

    Membawa satu ikatan jalinan

    ReplyDelete
  5. Silap. .
    Silat.
    Solat . .

    Membawa satu ikatan jalinan

    ReplyDelete
  6. Ikatan itu ialah Silaturrahim..

    ReplyDelete
  7. sy berlandas kajian sy pula silat berasal dr..err..berlandas kajian sy..err..

    ReplyDelete
  8. Silaturahhim
    Ilmu
    Latihan
    Amal
    Tahan diri dr nafsu amarah/memperTAHANkan diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa ini yg paling positif dan padat

      Delete
  9. assalamualaikum..sye mintk izin copy yer..tq

    ReplyDelete
  10. Yang sy tau silat yg mule2 sebelom nme silat asalnye dr saidina ali r.a.. mase tu blom ade name seni pertahan.. tpi yg sy tau mase beliau sampai ke nusantara lahir la silat dan sampai ke cine lahir l wushu.. tp dr mne atau ape maksud silat n wushu tu sy x tau la.. guru silat kat kampung sy yg cite betul ke x.. x tau la

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Kenyataan tidak tepat.silat adalah satu gerak gaya daripada Jin bukannya dr manusia.Sebelum ada mahkluk yg bergelar manusia di muka bumi...Jin lah dahulunya menduduki bumi beribu dan berjuta tahun dahulu.Ini adalah kenyataan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan dari jin..ilham dari Tuhan..apa kena jin nk besilat plak dh..hehe..Aku jadikan manusia itu sebaik baik kejadian..jadi manusia pulak ambil dari jin..sesunguhnya tiada apa yg ada..yg ada hanya Allah..gerak geri,diam pejam celik..semua Allah..tidak bergerak walau sebesar zarah..tanpa izin dari Allah..ini yg sebenar kenyataan..WAllahualam..

      Delete
  13. Replies
    1. Mak kau ijau. G main taekwando sana jgan mnyemak

      Delete
  14. S(satu) I(ilmu) L(latih) A(anda) T(tenang)

    ReplyDelete
  15. Sebenarnya silat nie berasal dari mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silat salah satu dari ilmu allah. Takde siapa boleh claim sbb ilmu allah boleh dpat pada siapa yg allah mahu kan.

      Delete
  16. Dari mana silat ni?says ingin tahu.boleh kongsikan

    ReplyDelete
  17. Asal usul silat adalah daripada pergerakan jin...zaman dahulu kala manusia sering berdampingan dgn jin...memuja-muja jin dgn ritual dgn mcm² bentuk...pelajari drpd Rasulullah SAW baginda dulu tidaklah kebal masa berperang...tapi manusia kini dah terpesong jauh dr landasan islam...ilmu kebal dan ilmu dlman adalah bersekongkol dgn jin...khodam..

    ReplyDelete
  18. Salam..nak tanya, awak ada belajar silat ke

    ReplyDelete